Thursday, November 16, 2023

Masjid Ibrahim Al Khalili di jadikan tempat melakukan Maksiat , kelmarin berita Muktahir.

 Allahu Rabbi !!

Masjid Ibrahim Al Khalili, yang terletak di Tebing Barat yang juga dikenali sebagai Al Haram Ibrahim.  Kawasan ini dibawah takbir PLO (Palestinian Liberation Organization) bawah pimpinan Mahmud Abas.

Sempat membuat tabayyun mesjid mana yang mereka ceroboh dan cemari. Rupa Masjid Ibrahim Al Khalili.

Masjid Ibrahim Al Khalili kini di injak dengan biadapnya olih pendatang Zionist Yahudi. 

Saya dizinkan Allah menjejakan kaki dan ziarah ke Masjid Ibrahim Al Khalili di Hebron di bahagian Tebing Barat Baitul Al Muqadis sebanyak 3 kali. Masjid ini dibawah kelolaan UNESCO - world Heritage, namun dikawal ketat Zionista Yahudi.

Maqam2 yang terdapat di ruang solat Masjid Ibrahim Al Kahlili, kuburan sebanar terletak dibawah seumpama gua.  Sebelah Kiri Maqam Sadaituna Sarah dan Sebelah Kanan Nabi Ishak. AS.

Ramai di antara kita mungkin tidak tahu berlaku tragedi berdarah di Masjid Ibrahim yang telah berusia 1200 tahun. Bangunan Masjid ini telah diperbaiki dan dibesarkan semasa Panglima Islam Salahudin Al Ayubbi kembali menakluk Palestina setelah mengalahkan Tentera Salib ( Christian Crusade War 2) dibawah pimpinan King Richard The Lion Heart, Raja England masa itu. Palestina dan Bandar Para2 Nabi - Baitul Maqdis tinggal aman dan diziarahi oleh tiga Agama utama Islam, Nasrani dan Yahudi. Kehidupan ditanah yang sentiasa bergolak sejak 3000 tahun yang lalu. 

Masjid Ibrahim yang asal kawasan mastautinnya Nabi Allah Ibrahim AS, setelah berhijrah dari Ur, Paddan Aram, dibawah pemerintah Raja Namrud. Disini juga menjadi maqam2 untuk keluarganya yang terdiri dari Nabi2 Allah, Nabi Ishak AS, dan Isteri, Nabi Yaakub As dan isteri, maqam2 mereka terletak dibawah seumpama gua di bawah Masjid Ibrahim As yang ada sekarang. 

Disini juga berlaku tragedi  pembunuhan beramai-ramai umat Islam di-Masjid Ibrahimi atau pembunuhan beramai-ramai Hebron. Juga tragedi ini dinamakan  pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh Baruch Goldstein, seorang doktor Amerika-Zionista Israel dan pelampau pergerakan ultra-Zionis Kach paling kanan. Pada 25 Februari 1994, semasa perayaan Yahudi Purim, yang telah bertindih pada tahun itu dengan bulan suci Islam Ramadan. (Tonton Gambar di bahagian Bawah)

INILAH MAKLUMAT MUKTAHIR BAGAIMANA BANGSA YANG DILAKNATI INI MELAKUKAN MAKSIAT DI MASJID IBRAHIM AL KHALILI. (Perhatikan maqam Sarah dan Nabi ishak didalam ruang solat Masjid)


Goldstein melepaskan tembakan dengan senapang serangan ke atas perhimpunan besar umat Islam Palestin yang sedang bersolat di Masjid Ibrahimi di Hebron. . Dia membunuh 29 orang, beberapa seawal usia 12 tahun, dan mencederakan 125 orang.[Goldstein telah dikalahkan dan dipukul hingga mati oleh mangsa yang terselamat}.

Kekejaman itu merenggangkan proses damai Perjanjian Oslo Israel-Palestin, serta-merta mencetuskan protes besar-besaran oleh rakyat Palestin di seluruh Tebing Barat. Semasa pertempuran berikutnya, 20 hingga 26 lagi rakyat Palestin terbunuh manakala 120 cedera dalam konfrontasi dengan tentera Israel dengan 4 tentera Israel terbunuh dan 9 Yahudi Israel turut terbunuh.

Apa yang berlaku 3 hari lalu, sekali lagi, pendatang Zionista Yahudi, menunjuk sikap toleransi  palsu yang konon menjadi slogan "World Human Rights Org"  "Amnesty Insternational" "NED- National Endowment for Democracy"  malah organisasi yang berkaitan dengan PBB atau United Nation. Hakikatnya semua organisasi yang konon atas dasar " Liberalisma"  dan Hak Asasi adalah  semuanya dibawah olah dan yang dikuasai olih Zionista-USA dan EU. Semua bermula ratusan tahun dahulu dari kewujudan "Free Masonary" sebagai pemula kuasa penjajahan moden "NEWCON" atau New Colinialization atau  New World Order yang menjadikan dunia ini dbawah kuasa dan telunjuk "White Siupremacy". 

Kita sebagai umat Islam di negara berdaulat ini, bersatu hati. Cukuplah perpecahan sesama bangsa dan agama, bukti begitu banyak apa yang berlaku ditanah waqaf Palestina menjadi contoh buat kita teladani. Fahaman politik yang berbeza seharus di-halusi dengan jiwa mukmin yang benar. 

Terlalu banyak firman2 Allah SWT dan hadiths Rasulullah SAW tentang wajib nya umat islam bersatu: 

Kesatuan Islam: Bahaya Berpuak dan Berpecah Belah

Secara asasnya umat Islam disifatkan sebagai sebuah umat yang satu. Ini berdasarkan firman Allah SWT:

إِنَّ هَٰذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاعْبُدُونِ

MaksudnyaSesungguhnya ini adalah umat kamu umat yang satu dan Aku adalah tuhan kamu maka beribadahlah (kepada-Ku).

Surah Al-Anbiya’ (92)

Ibn ‘Abbas R.Anhuma dan anak-anak muridnya seperti Mujahid dan Sa’id bin Jubair dalam menafsirkan ayat ini mereka berkata: ‘’Agama kamu adalah agama yang satu’’.

Imam Hasan al-Basri pula berkata: Maksudnya adalah “Sunnah kamu adalah sunnah yang satu’’.

Demikian juga terdapat banyak larangan ke atas sikap berpecah belah sama ada dari al-Quran mahupun al-Sunnah. Ini seperti firman Allah SWT:

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا

MaksudnyaBerpegang teguhlah kamu seluruhnya dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah.

Surah Ali Imraan (103)

 Rujuk Tafsir al-Quran al-Azhim, Ibn Kathir (5/373).

Syeikh Abd al-Rahman al-Sa’di pula menafsirkan ayat tersebut dengan katanya: Kesemua mereka (iaitu para Rasul) berada di atas agama yang satu, jalan yang satu, serta Tuhan yang satu. 

Lihat Taisir Karim al-Rahman, As-Sa’di (5/1083).

Begitu juga terdapat sebuah hadis yang menggambarkan keutuhan dan kekukuhan persaudaraan sesama umat Islam yang diriwayatkan oleh Nu’man bin Basyir bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ مَثَلُ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى

MaksudnyaPerumpamaan golongan yang beriman pada sifat berkasih sayang, saling merahmati, dan saling membantu adalah seperti suatu badan. Apabila ada anggota badan yang sakit, ia menyebabkan keseluruhan tubuh badan tidak dapat tidur dan juga menjadi demam.

Riwayat al-Bukhari (5665), Muslim (2586), al-Tirmizi
(1847), al-Nasa'ie (2525) dan Imam Ahmad (19188)

Begitu juga larangan berpecah belah disebut di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Arfajah bin Shuraih bahawa Rasulullah SAW bersabda:

 فَإِنَّ يَدَ اللَّهِ عَلَى الْجَمَاعَةِ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ مَعَ مَنْ فَارَقَ الْجَمَاعَةَ يَرْكُضُ

MaksudnyaSesungguhnya tangan Allah bersama dengan al-jama’ah. Dan sesungguhnya syaithan itu akan berlari bersama dengan mereka yang memisahkan diri dari jamaah (kelompok umat Islam).

Riwayat Al-Nasa’ie (4020)

Bolih rujuk ke halaman Bayan Linnas yang dibangun olih Dr Zulkifli ,
SS Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
24 Disember 2018 bersamaan 15 Rabi’ al-Akhir 1440 Hijrah.

ISTIQOMAH BERDOA DAN BERSUJUD MOHON PADA ALLAH SWT KEMENANGAN UNTUK PALESTINA DAN TERUS PULAU PRODUK ZIONISTUSA .



No comments: